Friday, October 9, 2009

PROGRAM 'GIFTING'

APA ITU PROGRAM ’GIFTING’

“Gifting” bermaksud berkongsi hadiah atau pemberian di antara mereka yang yakin kepada undang-undang alam mengenai memberi: “Beri, dan ia akan diberikan kepada anda.”


UNDANG-UNDANG ALAM MENGENAI PEMBERIAN ADALAH SANGAT BERKUASA

Pemberian (Gifting) bermakna seperti apa yang dimaksudkan …. Memberi sesuatu kepada yang lain tanpa syarat. Pemberian ini mempunyai pelbagai cara, termasuk pemberian dalam bentuk wang. “Memberi” datangnya dari orang-orang yang berkeupayaan dan mempunyai niat untuk membantu orang lain. Mereka yang menerima pemberian melalui program ini telah dikurniakan sesuatu oleh mereka yang tidak mementingkan diri mereka dengan memberi kepada orang lain.

NOTA: Program Gifting TIDAK melibatkan network marketing, MLM atau sebarang aktiviti perniagaan atau komersial. Tidak ada sebarang transaksi perniagaan, pelaburan atau sekuriti yang terlibat. Gifting tidak mempunyai pengarah syarikat, pegawai, pemegang saham atau prinsipal. Tidak ada keperluan untuk menghadiri sebarang seminar, orang perseorangan hanya perlu melakukan hak mereka untuk bersama-sama mereka yang mempunyai pemikiran yang sama dan saling membantu sesama sendiri untuk mengubah kehidupan mereka.

Program Gifting:

BUKAN perniagaan
BUKAN sebuah syarikat
BUKAN MLM
BUKAN aktiviti komersial
TIDAK mempunyai barangan untuk dijual
TIDAK membayar gaji kepada sesiapa
TIDAK ada seminar untuk dihadiri
ADALAH MELALUI JEMPUTAN SAHAJA!

Apa yang membuatkan gifting sangat berkuasa?

Tanpa sebarang keraguan, program gifting memberikan salah satu cara yang TERPANTAS dan TERMUDAH untuk orang yang biasa-biasa menyelesaikan masalah kewangan mereka melalui teknik pemberian. HANYA BEBERAPA INDIVIDU yang diperlukan untuk mencapai apa yang memerlukan ribuan orang dalam MLM konvensyenal dan anda dapat melakukan dalam masa yang LEBIH SINGKAT! Gifting tidak memerlukan syarikat, produk atau orang tengah yang biasanya mengambil untung yang besar. 100% pemberian itu diberikan kepada mereka yang paling memerlukan.

Dalam apa juga aktiviti …. anda mendapat kembali apa yang anda usahakan! Sekiranya anda menyertai MANA-MANA peluang perniagaan atau syarikat tetapi tidak berusaha …. Ia tidak akan berhasil! Sama juga dengan mana-mana program gifting, sekiranya anda tidak menjemput rakan-rakan anda, anda tidak akan menerima sebarang pemberian.

Walaupun program gifting di rencanakan sebegitu rupa agar semua orang menerima pemberian … BERULANG KALI … amat jelas, sekiranya anda lebih aktif, anda akan menerima faedah yang lebih besar!

No comments: