Friday, October 9, 2009

HALAMAN UTAMA

SELAMAT DATANG KE GERBANG KEBEBASAN KEWANGAN ANDA


BERMULA DENGAN KOMITMEN
ANDA DAN 4 RAKAN,
ANDA TELAH BERJAYA MEMBAWA
PINTU YANG TERKANDUNG DI DALAMNYA
REZEKI YANG AKAN ANDA DAPAT BERULANG KALI SETIAP BULAN


Adakah Anda Ingin Mencuba Sesuatu
Kelainan Dalam Membina Sistem KEWANGAN ANDA...!!!
Jika Anda Serius & Komited, Jom Bersama Kami Membina Satu Fenomena Gelombang Kemewahan Melalui Sistem DYNA DOLLAR$$$$


Teruskan Tengok  & Baca 

FAQ / SOALAN LAZIM

Adakah Gifting Sah Di Sisi Undang-Undang?
Ya! Memberi adalah sentiasa sah di sisi undang-undang! Rakyat dari negara yang bebas mempunyai hak perundangan dan perlembagaan untuk memberi harta, wang dan asset lain yang berharga seperti yang ditetapkan oleh undang-undang. Di United States kita mempunyai Preamble, Perlembagaan dan Bill of Rights untuk melindungi hak orang perseorangan untuk menerima pendapatan, membayar cukai dan memberikan harta serta wang selagi ia dilakukan mengikut kod dan undang-undang negara ini.

Mengenai Gifting, seseorang individu memberi secara sukarela, jadi, tidak timbul isu kerugian kerana sesuatu sumbangan itu diberikan tanpa syarat. Anda tidak boleh rugi di atas sumbangan anda! Di DynaDollars kami percaya dengan memberi dan tidak mengharap balasan dan kami tidak berjanji atau membuat sebarang jaminan!
Tambahan pula, di U.S. undang-undang gifting, boleh dibaca dalam IRS Tax Code, Title 26, Seksyen 2501-2504 dan 2511, menyatakan bahawa seorang atau lebih individu boleh memberi sumbangan kepada individu yang lain sehingga $12,000 dalam satu-satu tahun kalender tanpa ada liabiliti cukai bagi pihak penerima sumbangan tersebut.(lihat http://www.irs.gov/publications/p950/ar02.html). Memandangkan cukai di atas pemberian itu telah dibayar dan sumbangan yang diberikan tidak ditukarkan dengan sesuatu produk atau perkhidmatan, ianya BUKAN satu pelaburan, sumbangan ini tidak perlu dilaporkan sebagai pendapatan kasar penerima sumbangan tersebut. (Lihat 26 USC 102).

Apakah Budaya Yang Di Pegang Oleh DynaDollars?
DynaDollars adalah satu "Aktiviti Persendirian", yang dilakukan secara formal di bawah status tiada keuntungan 501 (C) (3). Budaya kami terhasil dari Niat Untuk Memberi. Visi kami ialah Mewujudkan Dunia Anda Dan Kami melalui model-model maklumat di mana ahli akan mengalami pengalaman sebenar mengenai Penerimaan melalui Pemberian.

Adakah Ianya Sebuah Syarikat?
DynaDollars bukan sebuah syarikat, perniagaan atau kelab pelaburan. Kami adalah Sistem Budaya, (individu-individu yang percaya dengan amalan memberi tanpa syarat) dengan niat murni untuk Memberi! Kami komited untuk mengajar orang dari semua latarbelakang bahawa mereka boleh menikmati kehidupan yang mewah! Kami percaya, memberi tanpa mengharapkan balasan adalah satu NIKMAT.

Siapa Boleh Mengambil Bahagian?
DynaDollars ialah aktiviti persendirian dan ianya adalah satu budaya. Jemputan untuk berkongsi boleh dilakukan oleh individu yang berusia lebih dari 18 tahun, yang telah membaca, memahami dan memilih untuk menyertai sistem budaya kami. Kami percaya sesiapa sahaja yang memiliki hati yang murni dan mahu memberi adalah di alu-alukan menyertai aktiviti ini.

Berapakah Yuran Penyertaan?
DynaDollars TIDAK mengenakan sebarang yuran penyertaan. Kami hanya mengenakan caj pengeluaran sebanyak 5% dan LR5 - LR10 sebagai caj di SMI-1, 2 dan 3. Caj ini adalah untuk membayar kos-kos yang berhubung dengan pengurusan aktiviti termasuk sistem komputer, perisian, program, penyelenggaraan dan bukan sahaja perkhidmatan sistem tracking tetapi melibatkan pemantauan 24/7 laman web ke seluruh dunia dan sistem sokongan yang lain. Setiap ahli yang diperkenalkan sistem ini akan memberikan butir-butir peribadi di halaman ahli dan terdapat cara-cara yang khusus untuk ahli mengeluarkan pendapatan mereka.

Adakah Saya Memerlukan Komputer Untuk Mengambil Bahagian?
Komputer bukanlah sesuatu yang sangat diperlukan tetapi ia akan memudahkan seseorang ahli mengawal akaun mereka. Memandangkan DynaDollars menggunakan sistem “automated internet tracking”, akses kepada Internet adalah penting. Sistem pesanan dan email digunakan untuk memberikan maklumat terkini kepada ahli. Kepada mereka yang tidak memiliki komputer, gunakanlah perkhidmatan ahli keluarga, rakan atau ahli yang mengenalkan anda sebagai langkah permulaan. Pastikan orang itu adalah orang yang benar-benar anda kenali dan percaya! Di kebanyakkan tempat seperti perpustakaan awam, terdapat komputer yang boleh mengakses Internet yang boleh digunakan oleh orang awam. Sebaik sahaja anda boleh, dapatkan kemudahan Internet anda sendiri sepaya anda boleh menggunakan sepenuhnya kemudahan yang terdapat di DynaDollars.

Adakah Saya Perlu “Mencari” Orang?
Di dalam aktiviti ini, kita hanya “berkongsi” jemputan atau kita menjemput seseorang ke dalam aktiviti ini. Sumbangan pertama yang diterima oleh seseorang itu ialah jemputan tersebut. DynaDollars wujud kerana ahli-ahlinya memahami semangat “Bantu Membantu”. Mereka tidak perlu “menjual” atau memaksa sesiapa untuk menyertainya. Kami percaya falsafah kami “Hidup Dalam Law of Abundance" melalui perkongsian adalah cara yang telah diuji oleh masa. Aktiviti ini adalah untuk mereka yang mempunyai pemikiran yang sama dan percaya mengenai konsep “Apa Yang Anda Berikan Semasa Hayat Akan Kembali Kepada Anda Berlipat Kali Ganda”.

Siapakah Jemputan Peribadi?
Jemputan peribadi ialah seseorang yang telah menerima jemputan untuk menyertai Dollars. Dia adalah orang sebenar atau sebuah badan yang menerima perakuan aktiviti dan budaya dan bersetuju menjadi penyumbang, penerima dan menjemput yang lain dan bukan hanya sekadar satu nama di dalam sistem tracking. Sekiranya John, (seorang ahli), menjemput Mary dan dia menerima, Mary menjadi jemputan peribadi John.

Siapa Yang Perlu Saya Jemput?
Semua ahli digalakkan untuk berkongsi Berita Baik dengan sesiapa sahaja yang mempunyai pemikiran yang serupa. Ramai yang dengan sukarela boleh membantu mencari siapkan mereka yang mempunyai pemikiran yang sama ini. Anda mungkin terperanjat berapa ramai yang akan mengatakan..."Saya sudah lama mencari sesuatu yang sebegini!" Falsafah menyayangi dan berkongsi DynaDollars ini dipersetujui oleh begitu ramai orang!

Adakah Saya Perlu Menjemput Ahli keluarga dan Rakan-Rakan?
Kami mempunyai ramai ahli yang menyertai kami bersama keluarga mereka dan telah mencipta satu tenaga yang sangat positif yang menyatukan mereka. Semua yang menerima jemputan sepatutnya melakukannya dengan niat untuk memberi dan menjadi ahli yang aktif dalam budaya ini. Budaya ini adalah mengenai Pendidikan DAN Inspirasi! Sekiranya rakan-rakan atau ahli keluarga anda dapat menerima budaya ini, kami mengalu-alukan mereka dengan tangan terbuka.

Sebagai Ahli Saya Ingin Memiliki Akaun Berganda. Adakah Cara Ini Disyorkan?
TIDAK! Satu akaun sudah memadai. Kami tidak menggalakkan seseorang ahli mempunyai akaun berganda.

Bolehkah Saya Menjemput Ahli Dari Jaringan Lain Untuk Menyertai Saya Dengan Akaun Baru?
Jangan. Semua ahli yang menerima akuan aktiviti sebelum menyertainya. Salah satu akuan ialah menghormati hubungan orang yang menjemput dan yang dijemput dan menjaga integriti aktiviti ini. Ingat, apa yang kita beri semasa hayat akan kembali berlipat kali ganda!

Bolehkah Ahli Mengadakan Perjumpaan?
DynaDollars ialah satu budaya yang bersifat persendirian tetapi pintu kami terbuka untuk mereka yang mempunyai pemikiran yang sama tanpa mengira bangsa, kepercayaan, pendidikan, kedudukan kewangan, lokasi dan sebagainya. Kita tidak mempunyai apa-apa untuk diselindungkan dan kita juga tidak mahu menghalang sesiapa yang mempunyai hasrat untuk memberi dan seterusnya hidup dengan mewah. Selagi sebagai ahli, memahami budaya ini dan boleh mewakili aktiviti ini selari dengan perakuan yang tercetak ini, kami akan menyokong perjumpaan tersebut.

Berapa Banyak Masa Yang Perlu Saya Berikan?
Ini adalah pilihan peribadi. Memandangkan DynaDollars bukan satu perniagaan, tidak ada kuota atau keperluan yang perlu anda penuhi. Setiap ahli boleh menumpukan sebanyak masa mengikut kehendaki diri sendiri. Namun demikian, semakin ramai orang yang anda kongsikan peluang ini, semakin besar potensi anda menerima.


Bagaimana Dengan Maklumat Peribadi Saya?
Memandangkan ini adalah aktiviti persendirian, garis panduan telah menetapkan bahawa ahli tidak boleh menggunakan platform ini untuk menarik ahli lain untuk menyertai aktiviti atau perniagaan mereka. Tambahan pula, kontrak kami dengan penyedia pengkalan data tidak membenarkan mereka berkongsi maklumat dengan entiti lain. Ramai juga ahli yang memilih untuk menggunakan nama samaran untuk tidak mendedahkan siapa mereka. Kami tidak ada masalah dengan cara itu kerana kami percaya, sumbangan boleh dilakukan dengan sulit, saling menghormati ...bertepatan dengan semangat memberi dengan tertib.

Adakah DynaDollars Skim Piramid?
Tidak! DynaDollars ialah satu budaya yang menitikberatkan semangat memberi. Ahli memilih aktiviti yang mempunyai kaitan dengan hak individu untuk menyumbang dan menerima yang selaras dengan hukum alam. Salah satu prinsip yang biasa diamalkan berdasarkan kepercayaan bahawa, apabila kita memberi kita akan pasti menerima. Pemberian yang akan kita terima adalah dalam bentuk gandaan dan tidak putus-putus.

Bagaimana Untuk Saya Menukar Kata Laluan Dan Email?
Log masuk ke dalam sistem dan pilih Profile. Edit maklumat yang ingin anda tukar dan klik update. Maklumat seperti Preferred Name, First Name dan Last Name tidak boleh ditukar.


Bagaimana Untuk Saya Mendaftar Ahli Baru?
Anda akan dapati sistem kami sangat mudah untuk digunakan. Yang penting anda tentukan anda adalah pengenal (inviter) dan ID anda digunakan untuk log masuk ke dalam sistem. Jangan abaikan skrin-skrin yang muncul! Itu adalah informasi atau panduan yang penting. Pengenal tidak boleh ditukar sekiranya tersilap, jadi pastikan anda berhati-hati dan melakukan dengan betul.


Bagaimana Untuk Mendapatkan Bantuan?
Log masuk ke dalam sistem dan pilih "Support". Kakitangan kami akan menjawab email anda. Kami juga berbesar hati sekiranya anda menghantar maklumbalas dan cadangan!


Bolehkah Saya Menjemput Lebih Dari Dua Orang?
Boleh! Boleh! Boleh! Anda boleh menjemput seratus orang dan mereka semua boleh berada terus di bawah ID anda. Sistem akan menentukan mereka sentiasa dihubungkan dengan anda. Bayangkan berapa laju anda boleh melalui fasa-fasa yang terdapat di plan yang disediakan. Jangan sesekali memberikan jemputan anda kepada orang lain. Walaupun niat itu murni, anda kena ingat, kita mengajar orang untuk mengail ikan ...bukan memberi ikan saban hari.

Berapa Lama Akaun Ahli Di DynaDollars Akan Disimpan?
Kami memahami situasi peribadi yang berubah-ubah di mana kadang-kadang ahli tidak dapat bergerak aktif sepanjang masa. DynaDollars mencuba sedaya upaya untuk memberikan kebebasan untuk ahli dan akan cuba menyimpan akaun ahli yang tidak aktif selama mungkin. Namun demikian, untuk menyokong ahli yang aktif, DynaDollars berhak untuk memadam rekod ahli dari sistem selepas 1 (satu) tahun tanpa sebanrang aktiviti. Tiada aktiviti bermaksud tidak menerima apa-apa sumbangan dalam tempoh tersebut.

Bagaimanakah Saya Boleh Menyumbang?
Ia dimudahkan dengan proses Pendaftaran. Untuk mendaftar, anda perlu membeli Activation Code. Apabila kod itu didaftarkan, sumbangan anda telah sampai kepada Pengenal anda serta tiga yang lain yang telah membuat sumbangan terlebih dahulu.


Apakah Budaya Yang Di Pegang Oleh DynaDollars?
DynaDollars adalah satu "Aktiviti Persendirian", yang dilakukan secara formal di bawah status tiada keuntungan 501 (C) (3). Budaya kami terhasil dari Niat Untuk Memberi. Visi kami ialah Mewujudkan Dunia Anda Dan Kami melalui model-model maklumat di mana ahli akan mengalami pengalaman sebenar mengenai Penerimaan melalui Pemberian.




CARA MENYERTAI

ANDA BOLEH MEMILIH MANA-MANA CARA UNTUK MENYERTAI DYNA DOLLARS SAMA ADA SECARA TERUS TANPA PINJAMAN SEBANYAK RM1,130.00 [ LR300 ] ATAUPUN MELALUI PAKEJ PINJAMAN [ Tiada Bayaran Balik Dikenakan]

UNTUK PAKEJ PINJAMAN GOLD CABLE HOSTING SERVICES AKAN MENYEDIAKAN KEMUDAHAN PINJAMAN RM1,130.00, MANAKALA AHLI HANYA BAYAR YURAN RM120 MELALUI SERVICE CENTER BESERTA BUKTI SLIP PEMBAYARAN. UNTUK KETERANGAN LANJUT BOLEH HUBUNGI SERVICE CENTER DI BAWAH UNTUK MENDAPATKAN BORANG DAN KETERANGAN LANJUT.

JUNAIDI ZAKARIYA
019 271 3200
dza.junaidi@gmail.com

Klik Untuk Borang




PENGENALAN





SELAMAT DATANG KE GERBANG KEBEBASAN KEWANGAN ANDA

Sistem ini telah banyak membawa manusia keluar dari masalah kewangan. Dengan hanya mengeluarkan modal hanya sekali sahaja anda mampu bersama kami membina sistem kemewahan ini dan mampu untuk merealisasikan impian anda.

BEBAS DARI DIBELENGGU MASALAH KEWANGAN ANDA!


ADAKAH ANDA MAHU JADI SEBEGINI?

Sistem dan program ini akan membantu anda keluar dari masalah ini. Marilah bersama kumpulan kami gerakkan ekonomi bersama. Ingat! Kerjasama dan Keikhlasan menjadi teras kepada Perjuangan Kami !


Perbezaan Di antara SEDEKAH, HADIAH PEMBERIAN dan 'ATHIYYAH

Pemberian itu merangkumi sedekah, hadiah dan 'athiyyah yang mempunyai definisi atau maksud yang hampir sama, cuma yang membezakannya ialah tujuan si pemberi ketika menyampaikan pemberiannya itu. Jika pemberian itu dimaksudkan sebagai satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT, maka ia adalah sedekah, jika ia dimaksudkan sebagai satu penghargaan, tanda kasih sayang atau pujian, maka ia disebut sebagai hadiah dan jika sebaliknya maka ia hanyalah satu pemberian biasa. (Al-Mausu'ah Al-Fiqhiyah: 26/324)

Sementara yang dikatakan sebagai 'athiyyah itu ada dua macam iaitu pemberian seseorang yang dalam keadaan maradh al-maut atau sakit yang membawa kematian disebut sebagai wasiat, dan 'athiyyah ketika masih hidup sama ada bentuk wakaf, hibah atau hadiah. (Al-Tahzib: 4/509)

Di dalam istilah syara' pula, pemberian itu bolehlah diertikan sebagai suatu perjanjian (aqad) yang memberikan kuasa pemilikan kepada seorang lain tanpa mengharapkan sebarang gantian atau pertukaran ('iwadh), pada ketika orang yang memberi itu masih hidup.

Hukum Memberi Hadiah

Menurut Ijmak ulama hukum segala jenis pemberian itu adalah sunat kerana pemberian itu suatu kebajikan, ketaatan, belas kasihan dan ia memberikan pengaruh yang positif di masyarakat; baik bagi yang memberi mahupun yang menerima. Di samping itu ia juga dapat menzahirkan sikap kasih sayang, mengeratkan hubungan persahabatan dan mengukuhkan tali persaudaraan sesama manusia. Hal ini ada dijelaskan dalam Al-Qur'an, (Mughni Al-Muhtaj: 2/537) sebagaimana firman Allah yang bermaksud, "Hendaklah kamu bertolong-tolong untuk membuat kebajikan dan bertaqwa." (Surah Al-Maidah, ayat 2)

Bagi yang memberi, itu sebagai cara melepaskan diri dari sifat bakhil, saranan untuk saling menghormati dan sebagainya. Sedangkan kepada yang diberi, sebagai salah satu bentuk memberi kelapangan terhadapnya, hilangnya kecemburuan dan kecurigaan, bahkan mendatangkan rasa cinta dan persatuan dengan sesama... TAPI hati-hati, hadiah tak boleh disamakan dengan suapan (rasuah)!

Galakkan Sikap Suka Memberi

Galakkan suka memberi itu juga ada disebutkan oleh Rasulullah SAW di dalam hadis-hadis baginda supaya umatnya sentiasa berkasih sayang sesama mereka. Hal ini digambarkan oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud, "Bersalam-salamlah kamu nescaya ia akan menghilangkan perasaan dengki (iri hati), dan beri-memberilah antara kamu, nescaya kamu akan saling cinta mencintai antara sesama kamu dan ia akan menghilangkan permusuhan." (Hadis riwayat Malik)

Sikap saling memberi juga melahirkan kasih sayang sekalipun pemberian itu kecil, kerana pemberian yang kecil atau sedikit bukanlah suatu kehinaan di sisi Allah, bahkan ia akan tetap mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda daripada-Nya. Perkara yang penting bahawa pemberian itu hendaklah dilakukan dengan ikhlas kerana ikhlas itu roh pemberian. Pemberian yang tidak ikhlas dalam makna berpura-pura atau riya' adalah tidak berguna. Perkara pemberian walau kecil itu disebut melalui sabda baginda yang bermaksudnya: "Janganlah engkau menghina seorang jiran yang menghadiahkan kepada jirannya walaupun hanya dengan kuku kambing." (Hadis riwayat Muslim)

Kalau dianjurkan untuk dijadikan amalan masyarakat, kenapa tidak dimulakan dalam masyarakat yang lebih kecil, contohnya, mulakan di kalangan keluarga sendiri. Rasulullah SAW amat menggalakkan amalan memberi hadiah dalam rumahtangga kerana dengan cara ini, kasih akan bertambah kerana hadiah merupakan tanda kasih atau simbol kepada kasih sayang suami terhadap isteri. Seorang suami tidak perlu menunggu isterinya memberi hadiah, sebaliknya suami hendaklah melakukan amalan ini terlebih dahulu. Ini sesuai dengan jiwa wanita yang sukakan sesuatu yang halus dan menggembirakan emosinya.

Sketsa Rumahtangga Rasulullah

Daripada Ummu Kaltsum binti Abu Salamah, beliau berkata: "Ketika Nabi bernikah dengan Ummu Salamah, baginda bersabda kepadanya, 'Sesungguhnya aku pernah hendak memberi hadiah kepada Raja Najasyi sebuah pakaian berenda dan beberapa botol minyak kasturi, namun aku mengetahui ternyata Raja Najasyi meninggal dunia dan aku mengira hadiah itu akan dikembalikan. Jika hadiah itu memang dikembalikan kepadaku, aku akan memberikannya kepadamu. Beliau (Ummu Kultsum) berkata: Ternyata keadaan Raja Najasyi seperti yang disabdakan Rasulullah dan hadiah itu dikembalikan kepada baginda, lalu baginda memberikan kepada masing-masing isterinya satu botol minyak kasturi, sedang sisa minyak kasturi dan pakaian itu beliau berikan kepada Ummu Salamah." (Hadis riwayat Ahmad)

Rasulullah juga suka memberi hadiah kepada isteri-isteri baginda. Apabila pulang dari mana-mana perjalanan, baginda sering membawa pulang hadiah untuk isteri-isteri baginda. Pernah suatu ketika, baginda terlupa membawa pulang hadiah, baginda berpatah semula ke pekan lalu membelikan ahdiah untuk isteri baginda.

Diriwayatkan oleh Aisyah r.a., "Pada suatu ketika Rasulullah menghadiahkan aku sebuah gelang yang amat cantik buatannya. Kemudiah aku bertanya kepada baginda, "Ya Rasulullah, siapakah di antara kami (isteri) yang paling kamu sayang?" Jawab Rasulullah, "Siapa yang ada gelang di lengannya." Keesokkan harinya aku dapati kesemua isteri baginda memiliki gelang yang sama."

Kepentingan memberi hadiah
• Simbol kasih suami terhadap isteri
• Menggembirakan hati isteri
• Mencetuskan rasa hormat dan taat dalam hati isteri terhadap suami
• Mewariskan rasa cinta dan menghilangkan kekotoran hati. Sabda Nabi, "Hendaklah kalian saling memberi hadiah kerana hadiah itu dapat menwariskan rasa cinta dan membersihkan berbagai kekotoran hati/jiwa."
• Mendatangkan rasa saling cinta-mencintai, menyatukan hati dan memunculkan kasih sayang.

Imam Tabrani meriwayatkan daripada Aisyah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Biasakanlah kamu saling memberi hadiah, nescaya kamu akan saling mencintai." Juga diriwayatkan oleh Bukhari dalam Adabul Mufrad, no. 594. Ibnu Hajar berkata, "Sanadnya shahih."

Melakukan kebaikan kepada isteri adalah sebahagian tanda Muslim sejati. Suami baik sedar bahawa dirinya menanggung amanah besar dalam soal menjaga kepentingan isteri.

Sabda Rasulullah saw bermaksud: "Orang yang baik di antara kamu ialah orang paling berlaku baik terhadap isterinya dan akulah orang paling baik terhadap isteri daripada kamu." (Hadis Riwayat at-Tarmizi).

Hadis lain Riwayat at-Tarmizi bermaksud: "Mukmin yang paling sempurna imannya ialah mukmin yang paling baik akhlaknya dan paling lemah lembut terhadap isterinya."

Nah... Masih berkira-kira hadiahkan sesuatu kepada isteri?

Bagi isteri yang suaminya tak romantik atau berkira sangat nak beri hadiah, tak perlulah terasa hati. Terimalah suami seadanya dan redhalah dengan ketentuan Allah yang suami itu tidaklah sesempurna Rasulullah. Bukan senang untuk merubah manusia, tetapi kita boleh merubah diri sendiri. Untuk menggembirakan hati sendiri, isteri bolehlah berjimat-cermat atau simpan sedikit demi sedikit untuk mendapatkan sendiri hadiah idaman hati. Bukankah ini lebih memberikan kepuasan?

Renung-renungkan!
_______________________

Kepada Usahawan dan pejuang networking..saya ingin berkongsi bersama anda bisnes networking yang terbaik....tetapi!! Mengapa ramai yang menemui jalan buntu ataupun gagal dalam networking yang mereka ceburi?..

Pelbagai faktor-faktor yang menyebabkan mereka menemui jalan buntu dan gagal..

Ramai antara kita ingin menjadi leader ! Sayangnya mereka gagal menjadi player....dan menyebabkan downline lari atau kurang yakin.
Biasanya kita faham membaca fakta, seperti kekuatan syarikat, pelan market, produk, tapi kekurangan ilmu untuk menyebarkan...dan kekurangan pengetahuan bagaimana hendak close prospek.

Adakah anda tahu, apabila kita mencapai usia 65 tahun, hanya :------------
1% Sahaja kaya raya
4% Adalah selesa
5% Masih perlu bekerja kerana tidak ada pilihan
54% Bergantung kepada keluarga atau kerajaan untuk hidup
36% Telah meninggal dunia-------------------------------------------------.
Statistik manakah yang anda hendak jadi?
Dalam golongan yang terkaya, 5% adalah peniaga persendirian, iaitu mendapat komisyen dan hasil keuntungan; hanya segelintir daripada 5% tersebut adalah profesional yang mempunyai pendidikan yang tinggi dan yang telah dapat membina kekayaan sebagai pekerja dengan mendapat gaji bulanan.
*Statistik ini terdapat daripada Jabatan Kesihatan, Pendidikan dan Kebajikan Amerika Syarikat yang membuat kaji selidik di antara kalangan orang yang berusia 20 ke 65.

Tidak mahu belajar dari kegagalan, dan sering mengangap kegagalan itu sebagai nasib atau tiada rezeki....atau kena tipu. Tapi percayalah kalam Yarahman Yarahim Maha Pengasih Maha Pemurah. akhirnya ditemui jua pintu rezeki dalam catatan blog myglobalnetbiz-rezeki2u. InsyaAllah hak ku yaqin......

PROGRAM 'GIFTING'

APA ITU PROGRAM ’GIFTING’

“Gifting” bermaksud berkongsi hadiah atau pemberian di antara mereka yang yakin kepada undang-undang alam mengenai memberi: “Beri, dan ia akan diberikan kepada anda.”


UNDANG-UNDANG ALAM MENGENAI PEMBERIAN ADALAH SANGAT BERKUASA

Pemberian (Gifting) bermakna seperti apa yang dimaksudkan …. Memberi sesuatu kepada yang lain tanpa syarat. Pemberian ini mempunyai pelbagai cara, termasuk pemberian dalam bentuk wang. “Memberi” datangnya dari orang-orang yang berkeupayaan dan mempunyai niat untuk membantu orang lain. Mereka yang menerima pemberian melalui program ini telah dikurniakan sesuatu oleh mereka yang tidak mementingkan diri mereka dengan memberi kepada orang lain.

NOTA: Program Gifting TIDAK melibatkan network marketing, MLM atau sebarang aktiviti perniagaan atau komersial. Tidak ada sebarang transaksi perniagaan, pelaburan atau sekuriti yang terlibat. Gifting tidak mempunyai pengarah syarikat, pegawai, pemegang saham atau prinsipal. Tidak ada keperluan untuk menghadiri sebarang seminar, orang perseorangan hanya perlu melakukan hak mereka untuk bersama-sama mereka yang mempunyai pemikiran yang sama dan saling membantu sesama sendiri untuk mengubah kehidupan mereka.

Program Gifting:

BUKAN perniagaan
BUKAN sebuah syarikat
BUKAN MLM
BUKAN aktiviti komersial
TIDAK mempunyai barangan untuk dijual
TIDAK membayar gaji kepada sesiapa
TIDAK ada seminar untuk dihadiri
ADALAH MELALUI JEMPUTAN SAHAJA!

Apa yang membuatkan gifting sangat berkuasa?

Tanpa sebarang keraguan, program gifting memberikan salah satu cara yang TERPANTAS dan TERMUDAH untuk orang yang biasa-biasa menyelesaikan masalah kewangan mereka melalui teknik pemberian. HANYA BEBERAPA INDIVIDU yang diperlukan untuk mencapai apa yang memerlukan ribuan orang dalam MLM konvensyenal dan anda dapat melakukan dalam masa yang LEBIH SINGKAT! Gifting tidak memerlukan syarikat, produk atau orang tengah yang biasanya mengambil untung yang besar. 100% pemberian itu diberikan kepada mereka yang paling memerlukan.

Dalam apa juga aktiviti …. anda mendapat kembali apa yang anda usahakan! Sekiranya anda menyertai MANA-MANA peluang perniagaan atau syarikat tetapi tidak berusaha …. Ia tidak akan berhasil! Sama juga dengan mana-mana program gifting, sekiranya anda tidak menjemput rakan-rakan anda, anda tidak akan menerima sebarang pemberian.

Walaupun program gifting di rencanakan sebegitu rupa agar semua orang menerima pemberian … BERULANG KALI … amat jelas, sekiranya anda lebih aktif, anda akan menerima faedah yang lebih besar!

MATLAMAT PROGRAM

MATLAMAT PROGRAM

Matlamat program ini ialah untuk memberi peluang kepada saudara-mara, rakan-rakan serta sahabat taulan untuk menggunakan kaedah yang telah dipraktikkan beratus tahun dahulu.

Ini adalah kaedah yang sangat telus dan sekiranyanya dilakukan dengan mengikut apa yang disarankan, Insyaallah, kejayaan sudah pasti milik anda.

Program gifting di istilahkan sebagai Exact Marketing Method, iaitu Pemasaran Secara Tepat, maksudnya, walaupun tidak ada apa-apa produk yang perlu dipasarkan, pendekatan atau kaedah yang digunapakai mestilah seragam agar dapat diduplikasi dengan MUDAH oleh orang lain.

Dalam ertikata yang lain, ianya boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja baik yang celik IT mahupun yang tidak. Kepada yang belum celik IT, program ini juga akan membantu anda untuk masuk ke fasa seterusnya di mana anda boleh menggunakan IT sebagai satu kaedah tambahan untuk memajukan diri sendiri.

Buku panduan ini bertujuan untuk digunakan sebagai sumber maklumat untuk membantu anda menerangkan kepada sesiapa yang anda jemput untuk menyertai anda dalam program gifting ini. Adalah menjadi perkara biasa bahawa kebanyakkan di antara kita selalu mengatakan bahawa mereka tidak tahu bagaimana untuk menerangkan kepada orang lain dan sering bergantung kepada upline untuk memberi penerangan.

Dalam program gifting, adalah diharapkan perkara itu tidak lagi menjadi halangan kepada sesiapa kerana anda hanya perlu faham apa itu gifting, kenapa anda menyertai program ini dan itulah yang perlu anda kongsikan dengan beberapa orang yang lain yang rapat dengan anda. TIDAK perlu jadi speaker dan bercakap di hadapan khalayak ramai.

Sekiranya kita bersama-sama mendalami serba sedikit ilmu mengenai gifting, yang sudah sememangnya mudah untuk difahami, kita juga yang akan mendapat faedah sertamerta apabila kita mula mengenalkan program ini kepada orang lain.

Kejayaan program gifting TIDAK sahaja bergantung kepada berapa laju anda membina jaringan tetapi kefahaman orang-orang yang anda kenalkan dan keupayaan mereka menduplikasi program ini.

Jangan sekali-kali memberikan Buku Panduan ini kepada mereka yang tidak tahu menahu mengenai gifting kerana di khuatiri akan mengelirukan mereka. Apabila anda telah tahu serba sedikit mengenai program ini, anda perlu menerangkan sendiri kepada mereka dan bukannya memberikan buku ini dan ”berharap” mereka akan faham, mereka TIDAK akan faham.

Buku Panduan ini adalah untuk anda memahami dengan lebih mendalam mengenai gifting dan bukan untuk diberikan kepada ”prospek”. Dalam program gifting, tidak ada istilah prospek kerana orang yang anda jemput sepatutnya orang yang sangat rapat dengan anda dan bukannya mereka yang di ”tangkap muat” sahaja.

Inilah keunikan gifting jika dibandingkan dengan ”program-program” yang lain yang boleh dilakukan secara canvassing, flyers dan sebagainya. Gifting perlukan pendekatan peribadi yang menunjukkan keikhlasan anda untuk menjemput mereka ke dalam komuniti anda agar mereka juga menerima manfaat yang anda terima.

DYNA DOLLAR$

DYNA DOLLARS

Ada beberapa sebab Dyna Dollars di terima sebagai program gifting yang unggul;

1. Program gifting tradisional banyak menggunakan kaedah manual dan tidak menggunakan sistem yang sepenuhnya berasaskan Internet,
2. Dyna Dollars menggunakan Internet sepenuhnya dan memudahkan pihak yang berada jauh dari kita untuk membuat urusan,
3. Bagi mereka yang belum celik IT, Service Center boleh membantu di peringkat awal kerana akhirnya semua ahli perlulah berdikari,
4. Dyna Dollars menggunakan matawang yang digunapakai oleh pedagang forex dan ianya boleh diyakini iaitu Libertyreserve Dollar,
5. Selain trader matawang Internet yang lain, di Malaysia kita boleh menggunakan perkhidmatan Gold Cable Hosting Services untuk menukarkan matawang LR kepada RM
6. Wawasan Dyna Dollars untuk jangkamasa panjang sekiranya difahami adalah sangat menarik dan mudah untuk dilaksanakan.


WAWASAN DYNA DOLLARS

Wawasan Dyna Dollars ialah menyediakan sebuah sistem yang mesra kepada ahli tetapi kebal agar maklumat dan pendapatan ahli adalah selamat. Sistem tersebut dicipta agar boleh beroperasi secara auto-pilot tanpa perlu kepada sesiapa untuk mengendalikannya kecuali yang berbentuk soalan yang perlu dijawab.

Perancangan Dyna Dollars untuk ahli-ahli program gifting ini ialah kaedah yang mudah dengan nilai sumbangan yang akan memberikan satu impak kepada ahlinya untuk mengubah kedudukan kewangan mereka.

PELAN PENDAPATAN DYNA DOLLARS (terjemahan dari laman web)

Gifting ialah satu prinsip yang mudah di mana seseorang membantu seseorang yang lain. Sekumpulan individu yang mempunyai pemikiran yang sama yang mempercayai bahawa apabila anda memberi, anda pasti akan menerima kembali. Konsep Sumbangan Wang Tunai (Cash Gifting) telah wujud sejak sekian lama dan dalam keadaan ekonomi dunia masa kini, semua orang boleh menggunakan sedikit bantuan.

DynaDollars ialah Budaya yang yang berasaskan undang-undang negara dan Pencipta kita dan kita memilih mereka yang ikhlas dalam niat mereka untuk membantu orang lain. Kita bersama-sama bergabung menggunakan sistem on-line yang unik yang membolehkan kita berkomunikasi dan merasakan seolah-olah kita adalah satu kumpulan yang nyata walaupun sempadan dan lautan memisahkan kita.

Kami percaya Pencipta kita mencipta Bumi ini dengan kemewahan yang mencukupi untuk setiap lelaki, wanita dan anak-anak. Tetapi, ada sesuatu yang tidak kena dalam masyarakat kita sehingga kita gagal untuk menikmatinya.

DynaDollars mempunyai sistem di mana kemewahan ini boleh dikitar tanpa had melalui perkembangan berterusan yang tidak pernah anda alami dalam mana-mana program gifting.

Kami menawarkan sistem keahlian di mana anda yang mengawal perjalanannya dan matawang yang kami gunakan ialah Libertyreserve.
Di sini kami berbeza sekali lagi. Anda tidak perlu menghadapi risiko menghantar wang tunai. Apa yang anda perlukan ialah akaun LR anda. Anda boleh menokok akaun anda menggunakan perkhidmatan merchant yang disenaraikan di laman-laman web. Membuat pengeluaran juga adalah mudah.

Plan Gifting

Kami percaya kami telah mencipta plan yang paling mudah dan ianya adalah yang paling menguntungkan yang pernah dicipta.

Apa yang anda perlukan ialah membuat sumbangan SEKALI sebanyak LR300 (RM1,130) yang perlu anda berikan kepada Pengenal anda. Ini boleh dilakukan dengan hanya mendaftar kerana untuk mendaftar, anda perlu membeli Activation Code yang menggantikan wang tunai sebagai SUMBANGAN anda. Apabila pendaftaran anda berjaya, anda akan menerima e-mail yang mengesahkan perkara tersebut. Anda juga sudah boleh menjemput rakan-rakan anda menyertai DynaDollars dengan memberikan mereka UserId anda.

Anda akan mula menerima sumbangan dari rakan-rakan yang anda kenalkan secara peribadi dan diikuti dengan 3 Pendapatan Bulanan (SMI-1, SMI-2 dan SMI-3). Tajuk-tajuk seterusnya akan menerangkan dengan terperinci potensi pendapatan anda.


Pendapatan Sertamerta

Apabila rakan pertama anda mendaftar, anda akan menerima yang berikut;

Daripada LR300 yang disumbangkan oleh rakan anda, LR150 (LR50 x 3) akan disumbangkan kepada 3 orang di atas anda, maknanya, pengenal anda, pengenal beliau dan seorang lagi pengenal yang di atas. LR25 akan diasingkan untuk pendapatan bulanan (SMI-1) anda yang pertama. Baki LR125 akan dimasukkan ke dalam Wallet1 anda.

Apabila rakan kedua anda mendaftar, LR150 lagi akan diagihkan seperti di atas dan baki LR150 akan dimasukkan ke dalam Wallet1 anda.

Apabila rakan ketiga dan seterusnya mendaftar, anda akan menerima sepenuhnya LR300 yang mereka sumbangkan setiap seorang terus ke dalam Wallet1 anda!!


Pendapatan Bulanan

SMI-1
LR25 yang telah diasingkan apabila anda menerima sumbangan dari rakan pertama anda adalah untuk plan ini. Setiap ahli yang mengenalkan rakan yang pertama akan melalui proses yang sama.

Pada setiap 3hb, sistem akan secara otomatik menjana pendapatan ahli menggunakan kaedah yang mudah ini;




LR20 akan dibahagikan kepada 5 level ke atas (LR4 x 5 level) LR5 adalah caj pentadbiran DynaDollars. Anda pula akan menerima pendapatan sebanyak LR4 daripada setiap orang dalam jaringan anda sehingga 5 level ke bawah yang telah dipotong LR25 daripada pendapatan pertama mereka.

Pendapatan anda akan dimasukkan ke dalam Wallet SMI-1 anda.

SMI-2
Apabila SMI-1 anda berkembang, pendapatan anda akan bertambah. Apabila sistem mengesan wallet SMI-1 anda mempunyai lebih dari LR105, LR40 akan dipotong secara otomatik (sekali sahaja) untuk kegunaan Plan SMI-2 pula.

Pada 12hb setiap bulan, sistem akan secara otomatik menjana pendapatan ahli menggunakan kaedah yang sama seperti SMI-1 kecuali pembahagian pendapatan adalah berbeza;




Daripada LR40 yang dipotong dari SMI-1 anda, LR35 akan dibahagikan kepada 5 level ke atas (LR7 x 5 level) LR5 adalah caj pentadbiran DynaDollars. Anda pula akan menerima pendapatan sebanyak LR7 daripada setiap orang dalam jaringan anda sehingga 5 level ke bawah yang telah dipotong LR40 daripada pendapatan SMI-1 mereka.

LR40 akan dipotong secara otomatik untuk kegunaan SMI-2 bulan hadapan pula. Pendapatan anda akan dimasukkan ke dalam Wallet SMI-1 anda.

Pada tahap ini, anda telah menerima 2 pendapatan bulanan.

SMI-3
Apabila SMI-2 anda berkembang, pendapatan anda akan bertambah. Apabila sistem mengesan wallet SMI-2 anda mempunyai lebih dari LR150, LR60 akan dipotong secara otomatik (sekali sahaja) untuk kegunaan Plan SMI-3 pula.

Pada 21hb setiap bulan, sistem akan secara otomatik menjana pendapatan ahli menggunakan kaedah yang sama seperti SMI-1 & 2 kecuali pembahagian pendapatan adalah berbeza;




Daripada LR60 yang dipotong dari SMI-2 anda, LR50 akan dibahagikan kepada 5 level ke atas (LR10 x 5 level) LR10 adalah caj pentadbiran DynaDollars. Anda pula akan menerima pendapatan sebanyak LR10 daripada setiap orang dalam jaringan anda sehingga 5 level ke bawah yang telah dipotong LR60 daripada pendapatan SMI-2 mereka.

LR60 akan dipotong secara otomatik untuk kegunaan SMI-3 bulan hadapan pula. Pendapatan anda akan dimasukkan ke dalam Wallet SMI-3 anda.

Pada tahap ini, anda telah menerima 3 pendapatan SETIAP BULAN.










GOLD CABLE HOSTING SERVICES

Gold Cable Hosting Services (GC) ialah sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan pertukaran matawang Internet khususnya e-gold dan Libertyreserve.

Memandangkan DynaDollars menggunakan matawang Internet, maka GC telah memainkan peranan sebagai pembekal Kod Pengaktifan Keahlian dan membantu ahli untuk mengeluarkan pendapatan terus dalam bentuk RM tanpa perlu melalui proses yang agak rumit untuk mengeluarkan pendapatan secara bersendirian, khususnya yang tidak celek IT dan penggunaan matawang Internet.

Butiran lanjut akan dikupas dalam topic Mengeluarkan Pendapatan.



SERVICE CENTER

Service Center (SC) adalah sekumpulan ahli yang mempunyai jaringan yang besar dan bersedia untuk memberikan perkhidmatan khusus kepada ahli-ahli DynaDollars baik dari jaringan mereka ataupun tidak.

Di antara perkhidmatan khusus yang disediakan ialah;

• Sesi penerangan untuk program DynaDollars,
• Pendaftaran Keahlian baru,
• Mengeluarkan pendapatan,
• Maintenance bulanan.

MENGELUARKAN PENDAPATAN

Dengan adanya bantuan dari SC dan GC, pengeluaran pendapatan untuk ahli-ahli di Malaysia telah dipermudahkan.

Sekiranya ahli boleh menguruskan akaun mereka sendiri, itulah yang terbaik tetapi sekiranya ahli tidak mampu berbuat demikian SC boleh diamanahkan untuk menguruskannya dengan persetujuan ahli.

Walaupun DynaDollars tidak meletakkan syarat pengeluaran minima, itu adalah bagi memudahkan ahli memindahkan baki akaun mereka ke akaun mereka di LibertyReserve.

Untuk mengeluarkan pendapatan melalui GC, adalah tidak munasabah untuk menukar jumlah yang terlalu kecil, jadi GC terpaksa meletakkan syarat untuk membuat bayaran ialah pengeluaran minima sebanyak LR$50. Ini adalah kerana melibatkan urusan pentadbiran dan pemantauan yang rapi.

Apa pun, terdapat kelonggaran syarat ini di mana SC boleh membantu dengan mengumpulkan pengeluaran kecil-kecilan itu ke dalam akaun mereka dan kemudian menukarkan points itu dengan GC dengan jumlah yang lebih besar.

(Contoh kiraan: LR$50.00 – 5% (caj DD) = LR$47.50. Apabila DD membayar GC dalam bentuk LR, GC akan terima 99% iaitu LR$47.02 dan apabila GC menjual kepada LR exchange, trader itu akan terima 99% = LR$46.55. Trader akan membayar kepada GC sebanyak RM148.96 (kadar 3.2**). GC mengenakan 5% caj perkhidmatan = RM7.45. Jadi baki bersih yang dibayar kepada ahli ialah RM141.51. Untuk memudahkan kiraan, darabkan jumlah yang dikeluarkan dengan 2.83.)

**Sekiranya perubahan kadar tukaran adalah dalam jajaran yang kecil, GC akan menanggung sedikit kerugian atau mendapat sedikit keuntungan. Apabila kadar tukaran menaik atau menurun secara mendadak, GC akan membuat kiraan semula mengambil kira perubahan tersebut.

Bagi tujuan mengeluarkan pendapatan, hantar points ke User Id : goldcable.

Ahli yang tidak mempunyai akaun bank perlu menggunakan akaun bank pihak ketiga dan maklumat tersebut perlu di masukkan kedalam petak Note di DynaDollars.

Di dalam petak Note,
Sekiranya ahli mahu terus bank-ini ke akaun sendiri, tuliskan ”Bank-in ke akaun , , ,
Sekiranya ahli mahu memasukkan ke akaun pihak ketiga, tuliskan ”Bank-in ke 3rd party akaun , , ,

GC akan menyemak pindahan ke akaun mereka setiap hari dan menghantar jumlah besar pada hari itu ke DynaDollars melalui proses Cash-out. Dalam tempoh yang di tetapkan Dyna Dollars akan memasukkan nilai LR ke dalam akaun LR GC.

GC akan menjual LR kepada trader dan trader akan membayar RM ke dalam akaun GC. GC kemudian akan mengeluarkan bayaran kepada ahli melalui akaun bank masing-masing. No telefon diperlukan kerana ada banyak kes di mana no akaun bank yang diberikan adalah salah ataupun akaun tersebut sudah ditutup.

NOTA: Untuk memasukkan pendapatan ke akaun pihak ketiga, GC akan menerima arahan tersebut tanpa prejudis dan sekiranya arahan itu adalah hasil dari akaun ahli yang telah digodam, GC tidak akan bertanggungjawab di atas kerugian yang ditanggung oleh ahli kerana GC akan menggangap ahli telah cuai dalam menjaga keselamatan akaun mereka sehingga diceroboh.

Bagi tujuan mengeluarkan pendapatan dengan menggunakan perkhidmatan Service Center, ahli perlu membuat sedikit bayaran untuk perkhidmatan tersebut. Ini adalah kerana SC perlu menanggung kos pentadbiran serta bayaran gaji pekerja.

Caj yang dikenakan ialah:
1. Pengeluaran kurang dari LR$200 – 5% dari jumlah pengeluaran,
2. Pengeluaran LR$200 dan ke atas – LR$10.


MEMBUKA AKAUN Liberty Reserve

Liberty Reserve merupakan salah satu e-currency yang 100% disokong oleh U.S. dollars (untuk Account LR-USD), atau oleh Emas (untuk Account LR-gold), yang digunakan sebagai alat pembayaran atau alat pelaburan.

Liberty Reserve ini adalah cara pembayaran dalam bentuk akaun yang beroperasi secara online dan sudah digunakan sebagai cara bayaran alternatif menggantikan wang tunai.

 Klik logo LR yang terdapat di laman web DynaDollars. Klik "Create Account" di menu atas tengah untuk memulakan pendaftaran LR.
 Ikuti 2 langkah E-mail Verification : Pada Step 1 masukkan email anda (wajib mempunyai email yang sah !), setelah klik Submit, anda akan menerima activation code melalui email yang kemudiannya anda masukkan ke petak di Step 2.
 Buka email anda untuk mendapatkan kod akaun Liberty Reserve anda dan masukkan ke petak activation di Step 2 dan klik "Next"
 Isikan maklumat seperti, Account Name, Password, Login PIN, Security Question (Masukkan soalan yang akan digunakan jika anda lupa password), Answer (Isikan jawapan kepada soalan Security Question sebelumnya),
 Isikan First Name, Last Name, Company Name, Address, dll (kalau tidak benar nanti anda akan menemui kesulitan sendiri)
 Klik Agree=>
 Setelah itu anda akan diminta mengisi No Akaun LR, masukkan Master Key / Security PIN 3 digit, dan maklumat lain mengenai akaun anda (Penting! Catat di tempat yang selamat!)

Cara Mengakses akaun Liberty Reserve :
 Klik http://www.libertyreserve.com untuk Login,
 Klik menu Account Login yang berada di atas,
 Masukkan No akaun anda
 Masukkan Password menggunakan keyboard virtual dan
 Masukkan nombor yang berada di dalam petak.
 Klik NEXT,
 Sekiranya ucapan yang diberikan adalah ucapan yang anda daftar dahulu, tandakan I confirm that my custom welcome message is correct.
 Klik Login

Setelah itu, anda akan masuk ke akaun LR anda, menu yang disediakan adalah :
Account - untuk melihat baki di dalam akaun anda,
Profile - untuk mengubah profile dan setting account anda,
History - untuk melihat transaksi,
Transfer - untuk memindahkan LR$ ke akaun LR orang lain,
My Wallet - untuk membuat dompet virtual yang jumlah isinya dapat anda hadkan. Wallet ini akan memudah dan mempercepatkan pemindahan ke akaun LR orang lain, dengan risiko yang lebih rendah.
Messages - untuk mengirim pesanan sesama pengguna Liberty Reserve

Pastikan anda Logout setelah selesai urusan di akaun LR anda bagi tujuan keselamatan akaun tersebut!