Friday, October 9, 2009

MATLAMAT PROGRAM

MATLAMAT PROGRAM

Matlamat program ini ialah untuk memberi peluang kepada saudara-mara, rakan-rakan serta sahabat taulan untuk menggunakan kaedah yang telah dipraktikkan beratus tahun dahulu.

Ini adalah kaedah yang sangat telus dan sekiranyanya dilakukan dengan mengikut apa yang disarankan, Insyaallah, kejayaan sudah pasti milik anda.

Program gifting di istilahkan sebagai Exact Marketing Method, iaitu Pemasaran Secara Tepat, maksudnya, walaupun tidak ada apa-apa produk yang perlu dipasarkan, pendekatan atau kaedah yang digunapakai mestilah seragam agar dapat diduplikasi dengan MUDAH oleh orang lain.

Dalam ertikata yang lain, ianya boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja baik yang celik IT mahupun yang tidak. Kepada yang belum celik IT, program ini juga akan membantu anda untuk masuk ke fasa seterusnya di mana anda boleh menggunakan IT sebagai satu kaedah tambahan untuk memajukan diri sendiri.

Buku panduan ini bertujuan untuk digunakan sebagai sumber maklumat untuk membantu anda menerangkan kepada sesiapa yang anda jemput untuk menyertai anda dalam program gifting ini. Adalah menjadi perkara biasa bahawa kebanyakkan di antara kita selalu mengatakan bahawa mereka tidak tahu bagaimana untuk menerangkan kepada orang lain dan sering bergantung kepada upline untuk memberi penerangan.

Dalam program gifting, adalah diharapkan perkara itu tidak lagi menjadi halangan kepada sesiapa kerana anda hanya perlu faham apa itu gifting, kenapa anda menyertai program ini dan itulah yang perlu anda kongsikan dengan beberapa orang yang lain yang rapat dengan anda. TIDAK perlu jadi speaker dan bercakap di hadapan khalayak ramai.

Sekiranya kita bersama-sama mendalami serba sedikit ilmu mengenai gifting, yang sudah sememangnya mudah untuk difahami, kita juga yang akan mendapat faedah sertamerta apabila kita mula mengenalkan program ini kepada orang lain.

Kejayaan program gifting TIDAK sahaja bergantung kepada berapa laju anda membina jaringan tetapi kefahaman orang-orang yang anda kenalkan dan keupayaan mereka menduplikasi program ini.

Jangan sekali-kali memberikan Buku Panduan ini kepada mereka yang tidak tahu menahu mengenai gifting kerana di khuatiri akan mengelirukan mereka. Apabila anda telah tahu serba sedikit mengenai program ini, anda perlu menerangkan sendiri kepada mereka dan bukannya memberikan buku ini dan ”berharap” mereka akan faham, mereka TIDAK akan faham.

Buku Panduan ini adalah untuk anda memahami dengan lebih mendalam mengenai gifting dan bukan untuk diberikan kepada ”prospek”. Dalam program gifting, tidak ada istilah prospek kerana orang yang anda jemput sepatutnya orang yang sangat rapat dengan anda dan bukannya mereka yang di ”tangkap muat” sahaja.

Inilah keunikan gifting jika dibandingkan dengan ”program-program” yang lain yang boleh dilakukan secara canvassing, flyers dan sebagainya. Gifting perlukan pendekatan peribadi yang menunjukkan keikhlasan anda untuk menjemput mereka ke dalam komuniti anda agar mereka juga menerima manfaat yang anda terima.

No comments: